Friday, January 6, 2012

AriffStudio & 2011

Salam tahun baru buat semua. Satu lagi tahun sudah berlalu. Dan bererti masa kita hidup atas muka bumi ini juga telah dipendekkan setahun berbanding pada tarikh yang sama pada tahun lepas. Sama seperti kebanyakan orang lain, setiap kali berakhirnya satu tahun, aku akan menganalisa apa yang telah aku capai pada tahun lepas dan aku akan tentukan apa yang aku ingin capai dalam tahun yang baru ini. Analisa dan plan ini merangkumi semuanya; kerjaya utama, kerjaya sampingan, keluarga dan perkara-perkara personal.

Memandangkan blog AriffStudio ini khusus untuk aku berbicara tentang kerjaya sampingan aku, maka dengan itu aku tidak akan mencampur adukkan semua analisa dan perancangan aku dalam blog ini.

Tahun 2011 adalah tahun yang memberikan aku satu suasana baru untuk aku biasakan, kerana bertukar tempat kerja setelah 5 tahun di syarikat sebelumnya. Pertukaran tempat kerja merubah banyak perkara, terutamanya dari segi kualiti masa yang aku ada. Jarak perjalanan ke tempat kerja yang lebih jauh, jalan yang lebih jammed dan masa bekerja yang lebih panjang kerana workload yang lebih banyak memberikan kesan ke atas kerjaya sampingan aku sebagai web designer dan pengusaha t-shirt muslimah.

Setelah beberapa bulan bekerja di tempat baru, aku dan CEO AzZahra Muslimah T-Shirt mengambil keputusan untuk menamatkan jualan t-shirt Az Zahra (bermula dengan jualan online, dan seterusnya kesemua jenis jualan termasuk jualan borong). Keputusan ini terpaksa diambil kerana kami tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan-pelanggan kerana masa yang sangat terhad. Sampai sekarang, hampir setiap hari aku masih menerima emel atau sms bertanyakan tentang t-shirt muslimah Az Zahra.

Aku hanya menumpukan semula kerja-kerja membina website setelah menamatkan jualan di Azzahra. Walaupun bilangan website yang dihasilkan tidak sebanyak tahun-tahun sebelumnya, tetapi aku tetap berpuas hati.

Antara website-website yang diilhamkan dari hati, direka dari jiwa dan dihasilkan dengan tangan aku pada tahun lepas adalah:



Ceruk Kampong Catering

Udaimatunnur (Versi 2)

El-Ruyani Hijabi - Online Shop Catalogue

Annum Collection - Koleksi Kelengkapan Umrah & Haji


BCO Technology Revamp - Pengeluar Baja Organik Bumiputera


Dan tidak lupa juga, website AriffStudio kini sudah berwajah baru :)



Memang benar masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk 2012. Aku melihat tahun 2012 sebagai tahun yang memberi peluang yang lebih cerah untuk AriffStudio. Dengan jenama AriffStudio yang semakin dikenali dan dipercayai, bilangan projek inshaAllah melebihi daripada masa yang aku ada. Aku juga merasakan AriffStudio akan lebih bertenaga pada tahun 2012 ini kerana sekarang aku lebih fokus berbanding tahun lepas yang sebahagian masa ditumpukan untuk AzZahra Muslimah.  

Mungkin aku boleh bercerita tentang projek-projek yang telah secure dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Cuma aku berharap entri selepas ini akan hadir dalam tempoh masa yang lebih cepat berbanding sebelum ini. Salah satu azam untuk tahun 2012 untuk ariffstudio adalah untuk lebih kerap mengupdate blog :)

0 komen setakat ini:

Post a Comment