Tuesday, October 12, 2010

Kemaskini Projek Website: Shahmie Catering

Salam Sejahtera buat semua. 

Sudah sekian lama tak update blog, baru hari ni berkesempatan. Sejak April 2010, kami terlibat dalam projek online shop, menjual tshirt-tshirt muslimah di Az Zahra Muslimah Collection. Ini projek isteri sebenarnya, tapi memandangkan kami buat semua ni part time, jadi aku adalah staff dia dan dia adalah staff aku. Projek website, design dan multimedia terpaksa ditinggalkan sekejap untuk membangunkan Az Zahra.

Sekarang, Az Zahra sudah berdiri, makin stable sedikit lah. Aku ada lebih masa sekarang untuk tumpukan semula pada kerja-kerja web & design. Maka projek pertama adalah merekabentuk semula laman web Shahmie Catering yang aku namakan Shahmie Catering V2. Laman Web Shahmie V1 juga adalah hasil tangan aku. Owner Shahmie mahu tukar design bukan kerana yang pertama tak cantik katanya, tetapi nak memberi nafas baru, supaya pelanggan tak jemu nak jenguk tiap-tiap tahun. Memang perancangannya nak ubah design web ni setiap tahun. Setakat seribu ringgit tu apalah sangat pada seorang pengusaha katering :p

OK, so inilah hasil idea yang dapat aku kerah buat masa ini. Masih peringkat beta. 
  





Oh ya, walaupun aku kembali membuat kerja-kerja web, buat masa ini aku tidak mengambil tempahan baru, kerana sudah ada dua tiga projek yang perlu aku siapkan, mereka sudah lama menunggu. Kalau projek kalian tidak bersifat mendesak (urgent), bolehlah hubungi aku di zahid[at] ariffstudio.com. 

0 komen setakat ini:

Post a Comment