Friday, March 5, 2010

Website: i-Ngaji.net, Kelas Al-Quran Secara Online

Salah satu keseronokan membina website adalah aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan begitu ramai orang. Salah seorang yang aku rasa seronok mengenali beliau adalah Ustaz Shukor.

Beliau mendapat ilham untuk mengajarkan al-Quran secara online, atau lebih tepatnya adalah mengajarkan al-Quran melalui perantaraan internet. Beliau mewujudkan i-Ngaji.net dengan tujuan memberikan alternatif kepada mereka yang kesukaran untuk ke kelas belajar al-Quran. Memetik penjelasan beliau di dalam www.i-ngaji.net,

i-Ngaji.net diwujudkan setelah Ustaz Shukor mendengar rungutan dan rintihan sesetengah peserta dan orang awam kerana susahnya mencari masa untuk bertemu guru bagi menghadiri kelas al-Quran.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu beliau mewujudkan website i-ngaji.net bagi tujuan mempromosikan program ini. Website ini juga memberi panduan kepada pengguna untuk menggunakan Skype, perisian yang digunakan sebagai perantaraan untuk perhubungan ketika pembelajaran al-Quran i-ngaji dijalankan. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran tetapi agak kekurangan masa,  anda boleh menghubungi Ustaz Shukor. Semoga lebih ramai lagi Ustaz dan guru al-Quran yang berminat untuk menjadi seperti Ustaz Shukor, mengajar al-Quran pada bayaran yang sangat minima.

i-Ngaji.net bukan diwujudkan untuk tujuan komersial tetapi untuk memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin belajar membaca al-Quran. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM50 sebulan, untuk 20 sesi kelas. Ini bermakna, hanya RM2.50 bayaran dikenakan untuk kelas selama 30 minit.

0 komen setakat ini:

Post a Comment