Salam.
February telah berlalu dan seperti biasa AriffStudio sungguh sibuk. Mohon maaf pada pelanggan yang projek mereka dalam terdelay. Ada yang disebabkan oleh kesibukan aku dan ada juga kerana kekurangan bahan atau idea.
Website terbaru dilancarkan AriffStudio adalah Hana Zakaria Catering & Canopy. Bertapak di Melaka, Hana Zakaria menjanjikan perkhidmatan dan pakej menu yang terbaik. Kebanyakan gambar di dalam website ini masih belum muktamad, dan gambar yang baru akan diberikan kepada aku dalam masa terdekat.
90% idea dan konsep website ini datangnya daripada pengurus syarikat ini sendiri, saudara Zulfahmi Kalil. Aku cuma menterjemahkan idea tersebut dalam bentuk web. Design pula hampir kesemuanya adalah oleh aku, tetapi untuk pakej-pakej menu, saudara Zulfahmi meminta untuk membuatnya sendiri.
Kepada Hana Zakaria Catering, aku ucapkan maju jaya.






0 komen setakat ini:
Post a Comment