Friday, March 5, 2010

Pengumuman: Kadar Baru Pengurusan Hosting di Ariffstudio

Salam.

Pengumuman ini khas kepada pelanggan sedia ada mahupun yang bakal membina website dengan AriffStudio. Selama beberapa tahun menyediakan perkhidmatan membina dan menguruskan website pelanggan, AriffStudio sentiasa mencari solusi terbaik bagi menyediakan perkhidmatan pada kadar yang terendah. Selain daripada kadar upah membina dan membangunkan website yang amat berpatutan, AriffStudio juga cuba sedaya upaya untuk mendapatkan penyedia hosting yang paling murah dan berupaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Hasil dari pencarian dan percubaan selama beberapa tahun, AriffStudio telah diperkenalkan kepada Rawanaz Studioz, sebuah syarikat pembekal hosting yang sangat berwibawa pada ketika itu (tahun 2008). Pada peringkat percubaan menggunakan perkhidmatan mereka, AriffStudio sangat berpuas hati dengan technical support yang diberikan, kelajuan server dan kualiti perkhidmatan yang diberikan (server sangat jarang mengalami masalah). Harga yang ditawarkan membolehkan kami mengambil bayaran yang rendah daripada pelanggan-pelanggan kami

Walau bagaimana pun, keadaan ini tidak kekal lama. Akhir-akhir ini, beberapa kali server di Rawanaz telah mengalami masalah. AriffStudio sememangnya memahami, server di mana-mana pun, kalau nak bermasalah akan bermasalah juga. Tetapi apa yang lebih malang adalah, mereka di Rawanaz Studioz cuma membisukan diri, tidak menjawab sebarang support tiket dan segala SMS. Mereka juga tidak memaklumkan apakah usaha yang mereka lakukan untuk membetulkan keadaan. Hanya selepas dua hari keadaan ini pulih dan AriffStudio telah menerima rungutan daripada beberapa pelanggan yang terlibat. Sejak pulih daripada dibaiki tempoh hari, server di Rawanaz masih bermasalah dan kerap down.

Keadaan ini amat dikesali dan AriffStudio perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif. AriffStudio sekarang dalam proses memindahkan kesemua web yang berada di bawah naungan server Rawanaz kepada provider baru. Biar mahal sedikit, tetapi perkhidmatan mestilah cemerlang. Jangan harga saja murah, tetapi website kerap kali down.

Untuk tujuan ini, AriffStudio ingin mengumumkan harga baru bagi kadar sewaan tahunan hosting dan domain bagi semua website di bawah AriffStudio.

1. Domain dan Hosting bagi .com, .net, .org, .biz
    Kadar setahun: RM200

2. Domain dan Hosting bagi .com.my, .net.my, .org.my
    Kadar setahun: RM250

0 komen setakat ini:

Post a Comment