Thursday, February 4, 2010

Berapa Harga Tempahan Website di AriffStudio?

(Jika anda mahu terus melihat senarai pakej website AriffStudio, klik di sini)

Ini adalah soalan yang paling banyak diterima oleh aku daripada klien, terutamanya bagi yang baru menghubungi aku. Dan aku yakin, mana-mana web designer juga akan banyak menerima soalan yang sama. Memang sepatutnya begitu, kalau kita pun sebelum membeli, mestilah kita mahu mengetahui harga sesuatu produk terlebih dahulu.

Tetapi bagi kes website, soalan itu bukanlah begitu mudah dijawab, tanpa perincian tentang spesifikasi website tersebut. Ada pelanggan yang menelefon atau SMS “Salam, saya nak buat website untuk syarikat saya, berapa kosnya ya?”. Kes website sama seperti kes produk kejuruteraan seperti valves. Pengalaman sebagai jurutera jualan di syarikat sekarang menyaksikan adanya pelanggan yang menelefon dan memberitahu “saya nak beli gate valve, saiz 12 inch, you boleh faxkan harga sekarang?”

Valves bukanlah boleh diletakkan harga sebegitu mudah, tanpa mengetahui daripada material apakah ia diperbuat, pressure class apakah yang hendak digunapakai, end connection yang macamanakah di pipeline nanti, dan pelbagai kemungkinan lain yang boleh menjadi pembolehubah kepada harga valves tersebut.

Tujuan entri ini bukanlah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati, langsung tidak. Siapalah AriffStudio tanpa klien itu semua. Entri ini sekadar ingin memberikan panduan kepada mereka yang ingin membina website. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui apabila kalian ingin membina website, yang mungkin jika kalian sudah membacanya di sini, maka aku tidak perlu mengulanginya lagi dalam perbualan telefon.

Kategori Website dan Harganya

Aku suka mengkategorikan website mengikut keperluan perniagaan kerana seperti valves, website juga mempunyai kepelbagaian jenis dan kategori. Kebiasaaanya, web yang dibangunkan adalah dalam kategori pertama, kedua atau ketiga. Jika entri ini terlalu panjang, eloklah jika dibaca untuk kategori 1 hingga 3 sahaja.

1. Website Syarikat: Memaparkan Profil Syarikat dan Produk/Servis yang ditawarkan.
Website seperti ini adalah website yang paling asas untuk sesebuah syarikat. Biasanya website ini mempunyai halaman tentang profil syarikat, senarai produk atau servis yang ditawarkan, portfolio (contoh projek yang telah dijalankan), galeri foto dan maklumat untuk menghubungi syarikat. Website ini berfungsi sebagai medium pemasaran yang berkesan.

2. Website Perniagaan Online (E-Commerce): Online Catalogue & Shopping Cart
Website ini adalah website yang mempunyai sistem yang dicustomizekan untuk perniagaan online anda. Dengan adanya website sebegini, pengguna yang melayari website anda boleh membuat belian terus, dan juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit, paypal, atau pemindahan tunai ke dalam akaun anda. Manakala anda selaku tuan kedai boleh menyemak tempahan baru, menyemak status tempahan, menambahkan produk baru, membuang produk lama, mengemaskini maklumat produk dan sebagainya tanpe perlu mempunyai pengetahuan dalam pengaturcaraaan web. Website jenis ini bukan sahaja menjadi medium pemasaran, tetapi ia juga merupakan medium penjualan.

3. BlogShop: Blog yang diubahsuai untuk dijadikan kedai online.
Ia adalah sebuah blog, yang digunakan untuk menjual barangan secara online. Blog dipilih sebagai alternatif kepada E-Commerce website kerana ia lebih murah dan senang digunakan. Tetapi, pengguna perlu membuat tempahan secara manual, iaitu mencatat kod produk lalu menghantar email atau mengisi borang (berbanding hanya perlu klik jika menggunakan E-Commerce Web). Anda selaku tuan kedai perlu mencetak semua emel tempahan dan mengendalikannya secara manual. Ia kurang sesuai jika perniagaan anda bersaiz besar dan mempunyai tempahan yang banyak.

4. Content Management System (CMS) Website : Sesuai untuk web portal, dan juga sesuai untuk profil syarikat, jika kalian inginkan ciri web yang boleh diupdate dengan senang.

CMS adalah satu sistem yang digunakan dalam pembangunan laman web, yang mana web yang dibangunkan dengan menggunakan sistem ini akan begitu mudah diupdate, ditambah post baru, diuruskan dan sebagainya oleh tuan website tanpa perlu bantuan pengaturcara atau pembangun laman web. Contoh CMS adalah Joomla dan Mambo.

CMS untuk Web Portal : Portal adalah sejenis web yang biasanya mengumpulkan komuniti, ataupun mempunyai pengunjung yang pelbagai. Aku hilang perkataan buat masa ini untuk menggambarkan definasi web portal, tetapi kalian mungkin akan faham apabila lihat dan bandingkan contoh web-web portal yang aku berikan. Web portal biasanya mengandungi sub-page yang pelbagai, seperti blog, forum, galeri foto dan lain-lain.
Contoh Web Portal : Utusan.com.my (*), Sifoo.com (*), Lowyat.net (*)

CMS untuk web syarikat : CMS juga boleh digunakan untuk membina laman web syarikat yang biasa, walaupun hanya mempunyai kurang daripada 10 halaman. Seperti yang dinyatakan, kandungan web syarikat yang dibangunkan dengan menggunakan CMS akan lebih mudah dikemaskini oleh tuan website. Walaubagaiamana pun, CMS based website ini dibina daripada template-template yang dicustomizekan dan kebiasaannya menyebabkan agak sukar untuk ‘lari’ daripada template tersebut. Sesetengah orang menganggap website yang dibina daripada template adalah tidak profesional.
Contoh Web CMS untuk profil syarikat: Teras-Solution.com (*), take-charge.com.my (*)

5. Wordpress Blog Customization : Wordpress adalah salah satu daripada CMS juga, cuma ia lebih kepada Blog.
Jika anda suka untuk mempunyai blog sendiri, dan anda mahu blog anda kelihatan lebih profesional dengan hosting dan domain sendiri, Wordpress adalah sistem yang sesuai untuk blog anda. Ariffstudio boleh membantu anda menginstall & mengubahsuai template Wordpress supaya kelihatan ekslusif dan profesional, sesuai dengan keperluan blog anda.
Contoh Wordpress Customization:  SaifulIslam.com (*)

6. Lain-lain Perkhidmatan Berkatian web: Forum Customization, Blogspot Customization, dll.

Untuk rujukan harga, sila lihat fail pdf di sini. Sekali lagi diingatkan bahawa, harga tempahan website adalah sangat subjektif. Apa yang tertera dalam senarai harga ini hanyalah panduan umum dan range estimation sahaja.  Pengesahan harga hanya boleh dibuat setelah perbincangan lanjut tentang keperluan dan spesifikasi website yang kalian ingin bina.

Jika anda mengalami situasi sepeti ini : “Saya telah melihat senarai harga AriffStudio ini, dan ianya adalah mahal dan terdapat banyak lagi yang menawarkan khidmat yang lebih murah”. Maka anda sepatutnya membaca entri saya yang akan datang. Nantikan.

Nota:  Kesemua contoh website yang diberikan di atas adalah dibina oleh AriffStudio, kecuali yang bertanda (*).

2 komen setakat ini:

  1. hi.saya nak tanya,berapa harga untuk website syarikat?
    saya nak tempah website untuk syarikat tempat saya bekerja.
    boleh tak bagi detail sepenuhnya tentang harga pada babyecah88@yahoo.com secepat y mungkin?

    ReplyDelete
  2. hai..saya nak buat web utk kelan saya..how ek dan berapa ahrganye??

    ReplyDelete