Berita ini agak terlewat, kerana berita ini adalah berita semalam. Kerana sibuk di pejabat dan di sebelah malamnya leka dengan kerja-kerja design web yang terbaru, aku lupa untuk memasukkan berita ini di sini. Ya, AriffStudio ditemuramah oleh Utusan Malaysia dan diminta memberikan tips-tips tentang ciri-ciri website perniagaan (e-commerce web) yang baik.
Terima kasih kepada wartawan sisipan Mega Utusan Malaysia, Noor Fazrina Noor Kamal (tidakkah nama ini nampak familiar bagi anda? ;p) kerana memberikan kepercayaan kepada AriffStudio untuk dijadikan rujukan di dalam artikel beliau. Beliau sememangnya seorang wartawan yang komited dalam kerjanya dan baik pula orangnya :)
Di sini aku lampirkan cetakan skrin daripada Utusan Online. Malangnya, versi online tidak memaparkan gambar tuan punya AriffStudio ;p Kalau ada masa aku uploadkan gambar scan daripada keratan akhbar semalam.





0 komen setakat ini:
Post a Comment