Alhamdulillah, sasaran utama aku sejak awal 2009, sekurang-kurangnya satu website untuk sebulan. Dan AriffStudio telah mencapai sasaran tersebut, walau pun tahun 2009 juga menuntut masa dan perhatian lebih dari aku untuk keluarga. Ariff yang dalam fasa aktif dan mahukan perhatian, dan isteri yang mula mengandungkan anak kami anak yang kedua, pastinya masa di rumah tidak selapang sepertimana biasa.
Udaimatunnur.com: Website pertama dibina pada tahun 2009.
Ada 13 web telah disiapkan oleh AriffStudio (baca: aku) dalam tahun 2009. Web-web tersebut adalah:
- Udaimatunnur.com - Penjenamaan semula Butik Pengantin Syahirah oleh En Ismail, pereka set pakaian pengantin muslimah yang terkenal.
- NMR Catering Sdn Bhd
- Shahmie Catering Sdn Bhd
- D’Selera Catering & Canopy Sdn Bhd
- Al-Mukminin Travel & Tours - Laman web asal telah direkabentuk pada tahun 2008. Pada tahun ini Al-Mukminin sekali lagi mendapatkan khidmat AriffStudio untuk rekaan yang baru berserta pengemaskinian isi kandungan laman web.
- Wet Station - Syarikat penyedia latihan keselamatan, khususnya di laut.
- Aqeela Muslimah Wear - Laman Web Online Shop yang pertama oleh AriffStudio
- Jus Diet Mate 5 by Aerowarna Marketing
- Al-Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd
- BCO Technology Resources Sdn Bhd
- Quba Travel & Tours Sdn Bhd
- Zafiq Design & Built Sdn Bhd – Kontraktor Kelas D
- Mirai2u.com - Pengedar Program Web Education Score A
- Azlan Chulan – Quantum Tech Consultancy - 70% Siap
- Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd - 70% Siap
- Shahmie Catering Sdn Bhd - Mahu mengubah rekabentuk laman web. - Baru mula merekabentuk layout
- Mirai2U - Redesign. Belum bermula.
Jika diambilkira web-web yang dalam pembinaan ini, secara puratanya aku telah menyiapkan 15 website pada tahun 2009. Satu pencapaian yang boleh dibanggkan bagi pereka laman web separuh masa seperti aku ini. Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kepercayaan untuk memberikan tanggungjawab merekabentuk dan membangunkan laman web mereka kepada aku. Terima kasih juga atas segala nasihat dan komen positif yang semuanya pasti berguna untuk aku.
Pelbagai perancangan yang aku buat untuk 2010, untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang aku kenal pasti pada 2009. Semoga Allah melancarkan perjalanan AriffStudio pada masa datang.





0 komen setakat ini:
Post a Comment